Uni : Hubungan Etnik
Hubungan Etnik notes for specific questions
Rukun Negara merupakan sebuah ideologi kebangsaan yang telah dibentuk setahun selepas berlakunya tragedi 13
Mei 1969 yang menghancurkan perpaduan dan ketenteraman Negara
Rukun Negara terdiri dari
lima rukun utama.
Kepercayaan kepada Tuhan.
Dimana Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa agama Islam
merupakan agama rasmi di Malaysia, tetapi agama dan kepercayaan-kepercayaan
lain boleh diamalkan dengan aman di mana-mana bahagian dalam Persekutuan.
Kesetiaan kepada Raja dan
Negara.
Setiap warganegara hendaklah menumpukan sepenuh taat setia, jujur
dan ikhlas kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Keluhuran Perlembagaan
Menekankan perlunya rakyat
menerima, mematuhi dan mempertahankan keluhuran atau kemuliaan Perlembagaan
Negara.
Kedaulatan undang-undang
Menerangkan tentang keadilan yang wujud dengan kedaulatan
undang-undang di mana setiap rakyat sama tarafnya di sisi undang-undang Negara
Kesopanan dan Kesusilaan
Menfokuskan perkembangan personaliti dan tingkah laku yang baik
dalam diri masyarakat untuk membentuk sebuah negara yang harmoni.
Peranan & Fungsi BM di Malaysia
Bahasa kebangsaan yang menjadi tunggak jati diri bangsa, lambang sebuah negara
berdaulat, serta sebagai dasar identifikasi kebangsaan.
Bahasa rasmi di
mana bahasa ini digunakan dalam situasi rasmi seperti dalam urusan pemerintahan
dan pentadbiran, upacara rasmi serta perundangan dan kehakiman.
Bahasa perpaduan di mana semua rakyat Malaysia bertutur dalam bahasa ini di mana-mana
sahaja sama ada semasa menimba ilmu di sekolah, mahupun ketika berjual beli di
kedai-kedai.
Bahasa ilmu, di mana bahasa Melayu menjadi bahasa perantaraan dalam penyampaian
ilmu pengetahuan moden dalam pelbagai bidang keilmuan sehingga ke peringkat tinggi.
Bahasa komunikasi atau perhubungan antara rakyat jelata kerana bahasa Melayu mudah
dipelajari dan telah menjadi lingua franca penduduk kawasan ini buat sekian
lama.
Budaya-budaya
yang dikongsi bersama di Malaysia
Makanan - nasi campur yang dimakan
oleh semua rakyat Malaysia tidak kira bnagsa untuk makan tengahari, Ataupun
makanan seperti muruku atau lemang yang di sediakan semasa hari perayaan dan
dimakan oleh masyarakat berbilang kaum
Pakaian - baju
kurung, sari, ceongsam yang kini dipakai tanpa mengira bangsa seperti orang
India yang memakai pakaian seragam baju kurung apabila ke sekolah .
Bahasa – menghubungkan kita semua dengan menggunakan satu bahasa yang
sama seperti bahasa Melayu yang lazim
digunakan di kedai-kedai makan mahupun pasar-pasar malam.
Perayaan – sambutan
hari perayaan yang disertai oleh semua tanpa mengira bangsa atau agama. Cth
: orang Cina datang menziarahi rumah
orang Melayu semasa Aidilfitri
Adat resam- bersalam,
buka kasut masuk rumah, cara makan sudu chopstick semua guna
Tujuan rumah terbuka
Memupuk perpaduan – semua anggota dapat hadir tidak kira
bangsa dan agama. Ketika rumah terbuka diadakan semua akan
hadir dan ini memupuk perpaduan
Mengenali budaya dan adat resam agama lain – dengan menghadiri, boleh
belajar budaya dan adat resam agama lain
Mengeratkan hubungan antara pemerintah dengan rakyat jelata – rumah terbuka peringkat kebangsaan
membolehkan pemerintah turun padang dan beramah mesra dengan rakyat.
Memupuk persahabatan – menziarahi satu sama lain ketika rumah terbuka akan memupuk hubungan
persahabatan yang erat dalam anggota masyarakat. Boleh bersembang dan tanya
khabar
(ESEI PANJANG : BAHAGIAN
B)
Nilai-nilai
moral dalam cerita Upin Ipin
Mengisahkan tentang Kanak-kanak
tadika botak – menghabiskan masa bersama
Tidak lagi asing
Rancangan terbitan Les’ Copaque
Mnejadi kegemaran kanak-kanak
mahupun dewasa mnempunyai cara tersendiri dalam menyampaikan nilai-niali murni
Perpaduan :
cerita yang terdiri daripada karakter yang berbilang bangsa yang hidup dalam
keaadan yang harmoni. Menunjukkan bahawa rakyat Malaysia boleh hidup bersama
sama ada di peringkat kanak-kanak mahupun dewasa.
Kesopanan :
mengajar kanak-kanak untuk bersopan santun apabila bergaul dengan orang yang
lebih tua, mahupun bersama rakan sebaya dalam kehidupan seharian. Mewujudkan
keharmonian dalam kehidupan seharian dengan kelaziman menggunakan perkataan
terima kasih apabila diberikan sesuatu dan minta maaf apabila melakukan sesuatu
kesilapan.
Tolong-menolong : memupuk sifat tolong menolong dimana watak dalam cerita ini akan saling
bantu-membantu apabila seseorang dalam
kesusahan. Turut saling membantu apabila ingin menyelesaikan sesuatu.
Patriotisme : Banyak memasukkan unsur patriotisme dan bangga terhadap negara. Meraikan
kejayaan-kejayaan yang dicapai oleh negara seperti berjaya mempunyai angkasawan
negara. Turut menceritakan pentingnya meraikan sambutan kemerdekaan menghargai
pengorbanan parajurit yang telah berkorban nyawa mempertahankan negara.
Pencegahan isu buli di IPT
Pada bulan Jun 2017 yang lalu, rakyat Malaysia digemparkan dengan
kematian seorang pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang
dipercayai akibat dibuli oleh pelajar lain. Kisah menyayat hati ini mewujudkan
kesedaran kepada masyarakat akan betapa pentingnya – mencegah buli di IPT. Cara
mencegah :-
Keluarga/masyarakat-
peka terhadap perubahan sikap anak-anak sama ada pembuli atau dibuli,
mewujudkan komunikasi efektif antara ahli keluarga – keadaan selesa dimana
anak-anak boleh berbicara dengan ibu bapa tanpa berselindung, menekankan didikan
agama dan moral
Institusi/universiti- mewujudkan kempen anti-buli, mengambil serius kes buli dan
melaporkan sekiranya ada, ceramah mencegah anti-buli
Kerajaan- membentuk undang-undang yang mampan
terhadap isu buli, beri kerjasama kepada pihak institusi apabila IPT
menjalankan program/kempen anti-buli agar perkara ini diambil serius oleh pihak
pelajar, mewujudkan kewajipan untuk setiap IPT memiliki perkhidmatan kaunseling
bagi pembuli dan mangsa
buli
Media massa - filem dan rancangan televisyen yg menayangkan aksi ganas dan buli
harus dibendung, pemilihan medium tontonan yg bersesuaian, menyalurkan mesej
bahaya buli untuk beri kesedaran
Kepentingan dan Keburukan media massa terhadap perpaduan
Keburukan
- penyebaran berita palsu – setiap individu boleh menyebarkan berita palsu, menyebabkan kekeliruan dalam masyarakat.
- Fitnah – mewujudkan sentimen yang tidak benar dalam individu
- Memberikan ruang pergaduhan dan perdebatan antara kaum, turut menyebabkan pertelingkahan politik antara kaum,
- memberikan kebebasan kepada rakyat untuk mengutuk pemerintah dan membuat tuduhan tidak berasas yang tidak menunjukkan rasa hormat kepada pemerintah dan mampu mempengaruhi orang lain untuk melakukan perkara yang sama
Kepentingan
- menerapkan semangat nasionalisme sejarah dalam media seperti mewujudkan filem berunsur sejarah sebagai contoh filem Leftenan Adnan. Dokumentari berunsur sejarah menyuntik semangat bersatu-padu – contoh rancangan Upin Ipin yang jelas menunjukkan sebuah kehidupan yang harmoni, masyarakat berbilang kaum,
- memupuk semangat patriotisme - terutama pada 31 ogos ada siaran langsung program kemerdekaan, mewujudkan sikap cinta akan negara
- pengetahuan adat dan budaya agama lain - melalui rancangan dokumentari yang menunjukkan susasana sambutan perayaan, adat resan yang tidak diketahui, seperti adat resam masyarakat Malaysia di Sabah dan Sarawak
Aktiviti yang menggalakkan perpaduan di IPT
Kursus-kursus di IPT
· Menitik beratkan aspek pendidikan
yang harmonis dalam sesebuah masyarakat pelbagai kaum
· Nilai-nilai rohani dan budaya bersama diberi
keumtamaan.
· Contoh subjek : Kenegaraan,
Hubungan Etnik, Tamadun Islam dan Asia.
· Menguatkan peribadi serta
moral para pelajar.
· Hasilnya, menyatu padukan
generasi muda.
Kelab dan Persatuan
·
Menyemai kesedaran terhadap kepentingan perpaduan kaum.
·
Contoh: Kelab Perpaduan, Kelab Rukun Negara.
·
Mekanisme yang mendekatkan pelajar berbilang kaum.
·
Bermula dengan satu keterpaksaan dan berakhir dengan kesepaduan kaum.
Sambutan Perayaan
- Program yang menjurus kepada perpaduan kaum dalam
kalangan mahasiswa.
- Melibatkan mahasiswa Cina dan India malahan
desertai mahasiswa Melayu juga
- Diskriminasi kaum tidak wujud dalam kalangan
mahasiswa meskipun berbeza budaya dan agama.
Majlis Perwakilan Pelajar
- Tidak didominasi oleh satu kaum sahaja
- Turut dianggotai kaum lain
- Kesamarataan hak deberi bagi memberi peluang
mahasiswa berbilang kaum membina jati diri kepimpinan di samping memahami
keperluan bangsa-bangsa lain.
- Isu ketidak adilan kuasa tidak timbul.
Tags:
university
0 comments