Uni : Usrah Emcee Script
I sort of want to throw stuff away from my laptop, but it'll be such a waste to erase these scripts that I worked on and so I decided to post them here instead.
Assalamualaikum w.b.t dan selamat petang saya ucapkan kepada Kak Shira ,
selaku juri pertandingan dan kepada semua yang sudi hadir pada hari ini. Nama
saya _______________, selaku emcee anda dan saya ucapkan selamat
datang ke Penghayatan Ramadhan Pitching. Baik, sebelum kita mulakan apa-apa
aktiviti, saya ingin menjemput saudara Asyraf untuk mengetuai bacaan doa bagi
memberkati majlis. Dipersilakan.
Amin. Baik, jadi sebelum kita teruskan, izinkan saya memberi sedikit
pengenalan tentang apa sebenarnya aktiviti pitching ini. Penghayatan Ramadhan
Pitching merupakan satu aktiviti kolaborasi antara Rakan Usrah UniMy bersama
SRC dengan objektif utama untuk memberikan info atau idea kepada orang lain
untuk menerapkan nilai Islam dalam kehidupan.
Tentatif aktiviti yang akan kita akan buat
dimulakan dengan pembentangan daripada dua kumpulan yang setiap satunya terdiri
daripada dua orang. Setelah pembentangan oleh kedua-dua kumpulan selesai, kita
akan berikan sedikit masa untuk penilai mengira markah dan seterusnya, kita
akan teruskan dengan sesi pemberian hadiah.
Menerangkan lebih lanjut tentang
sesi pitching, setiap kumpulan diberikan masa 20 minit untuk menyelesaikan
pembentangan dengan topik Penghayatan Ramadhan. Sepanjang sesi pembentangan dua
loceng akan dibunyikan iaitu pada 10 minit pertama dan setelah 20 minit
berlalu. Bunyi loceng yang kedua menandakan pengakhiran sesi pitching bagi
setiap kumpulan. Markah akan diberikan mengikut beberapa kriteria yang berbeza,
maka setiap kumpulan dinasihatkan untuk berusaha sebaik mungkin untuk mengikuti
kriteria-kriteria yang telah ditetapkan bagi mendapatkan markah yang tinggi.
Setelah penerangan yang agak panjang lebar tadi, kini tiba masanya untuk kita menjemput para peserta kita ke hadapan. Tanpa membuang masa lagi, dipersilakan kumpulan pertama kita yang terdiri daripada saudari Ain Najwa dan saudara Mohd Asraf.
Setelah penerangan yang agak panjang lebar tadi, kini tiba masanya untuk kita menjemput para peserta kita ke hadapan. Tanpa membuang masa lagi, dipersilakan kumpulan pertama kita yang terdiri daripada saudari Ain Najwa dan saudara Mohd Asraf.
Tags:
university
0 comments